Followers

Friday, January 18, 2013

::X Semudah Seperti Yang Disangka::

Saya ada lah PA.. Bukan Pembantu Am tapi tugas hakiki saya ialah sebagai SETIAUSAHA PEJABAT...
I tau, ada gak org selalu mempertikaikan tugas-tugas PA.. Rasanya sebelum ni I dah post pasal kerjaya ni..

Nak cerita sikit la... My experience ni boleh dijadikan pengajaran....... Tak semudah itu kita nak amik hati bos, nak sabar layan kerenah dia yg mengada-ngada sebab x semua bos baik okey... Dan x semua bos x baik.... Kita kena pandai bodeksssss.. Org lain yg kata.. Hakikatnya I bukan jenis kaki bodek hokehhhhh...

Dulu 1st time I menjawat jawatan ni di sebuah IPTA utara tanah air.... I dapat bos lelaki.... Dia punya gred x lah tinggi sangat.. Kalo ikut gred, x layak dapat PA pun tapi maybe sebab jawatan dia sebagai Big Bos dalam Jabatan, dia boleh dapat PA. Ciri-ciri bos lelaki itu adalah seperti dibawah:-

1) Beliau seorang yang sangat tegas.. Almaklumlah, bekas polis katakan.. Wife dia lawyer n org berada la jugak.. Dalam pekan tu rasanya rumahnya antara yang terbesar disitu....

2) Beliau suka memaki hamun kakitangan bawahan dan juga student.. Memang kesian sangat sapa yang kena maki.. Mana-mana student yang pegi jumpa ngan dia, bila masuk SENYUM, bila keluar mesti MASAM sebab baru pas nanges.. Serius...! Ni x bohong k.. Bilik saya bersebelahan ngan bilik dia, so I boleh dengar dia bertempik tengking budak2 yang jumpa dia.. Ada yang kena maki ayat pundek la, bangan la, bodo la, babi la n macam-macam lagi...

3) Beliau seorang yang nyanyuk.. Nyanyuk saja satu hal, pastu bila dia terlupa something dia akan salahkan orang lain.....

4) Beliau agak gatal... Ada ke patut dia suruh PA dia pakai baju ikut body.. Hey, suka hati la nak pakai baju mcm mana pun.. Perlu ke nak tayang body..? Tgk body wife kt umah sudah la, lg bergetah lagi kot....

5) Beliau juga agak bengong n old school dari segi administration.. Maaf ye.. Bukan saja-saja nak cari dosa mengutuk dia. Tapi inilah hakikatnya.. Kita sebagai PA of course la kita belajar camna nak buat surat formal, proposal n anything segala bagai.. Kita jugak mesti la study camna nak buat surat formal from jabatan-jabatan x kira la samada dari swasta or gomen time kita praktikal dulu kan.. Mestilah kita TAHU kan... Tapi bila kena ngan pak cik ni agak confused sikit sebab dia x ikut format seperti yang ditetapkan. Dia main hentam ja.. Ayat dia lak ayat kampung.. As a PA, dah semestinya kita dah karang ayat yang terbaik n btl2 ikut format tapi dia lak pandai2 je nak tukar sana sini.. Then bila dah hantar surat to pihak-pihak tertentu, orang complain, mula la cakap "MY PA YG BUAT".. Hoihhhhh... Malu la aku... Ape ni... Haaa.. ni yang bengang ni....

6) Beliau menyalahgunakan kuasa... Disebabkan kuasa veto yang beliau dapat, beliau selalu melakukan hal-hal yang x sepatutnya dilakukan. Biarlah rahsia.....

7) I keja ngan dia x lama.. Sebab x tahan dia pun asyik ugut untuk tamatkan kontrak I la ape lah.. Last mungkin rezeki I mmg bkn kt situ, I dapat offer ke IPTA lain yg merupakan jawatan tetap.. So, I resignnnnn.. Good bye bos ku.. hohoho...

Then, 2nd time masa berkhidmat di IPTA terkenal di tanah air kita ni.. aku dapat bos pompuan... Masa lapor diri, Aku dah dapat ayat-ayat yang kurang menyenangkan mengenai bakal bos aku ni.. Haduhhhhh... Biar benor..... Ingat dah lepas dari mulut buaya.. Tapi termasuk dalam mulut rimau lak.. Bos pompuan ni lagi la susah nak control.. Sangatlah manja tersangat-sangat.. Sangat penat nak layan kerenah beliau... Biasa la, PEREMPUAN kan.. Perempuan vs Perempuan.. Camne nak handle tu..? I jugak antara PA yang paling lama bekerja ngan beliau iaitu dalam tempoh Setahun Sembilan Bulan.. Sebab, PA yang lama x sampai Setahun dah larikkkkk.. Ada yang resign without notis n aku adalah PA yang keEMPAT.... Maybe aku boleh tahan ngan beliau sebab dah penah dapat bos mcm singa, kali ni mcm rimau.. Rasa macam tak de bezanya.. Fulammaakkkk.. Bakal stress lagi lah nampak gayanya.... Meh nak story sikit ciri-ciri madame besaq ni.. Pangkat bos ni JUSA, agak tinggi jugak n taraf pemikirannya mmg high class la beb... Dah nama pun PROFESSOR....!! Aku ni sememangnya masih belum layak lg utk bekerja ngan dia lebih-lebih lagi dia orang RESEARCH.. Hadoiiiinyer laaaa.. Ciri-ciri beliau hampir serupa ngan bos lelaki sebelum ni.. Sila lihat perkara dibawah:-

1) Seorang yang sangat tegas.. Berkali ganda lagi tegas dari bos lama....

2) Seorang yang perfectionist tersangat-sangat.. X boleh ada salah n silap langsung... X BOLEH OKEH..!! Boleh faham dak X BOLEH ADA SILAP WALOPUN KOMA OR NOKTAH! Haiyooooo.. Ini yang paling haru, im still junior okeh.. not senior..! banyak lagi benda I nak kena belajar n now i x boleh buat silap langsung.. What should I do...? Boleh faham x perasaan aku time ni..?

3) Beliau seorang yang kelam kabut n sume keja nak kena cepat... Memang tersangatlah kelam kabut... Dia jalan laju sungguh weh... Bila dia jalan memang dia x tengok kiri kanan n tunduk je.... Then kalo ada orang jalan bertentang dengan dia, dia x kan mengelak melainkan orang yang dihadapan dia tu yang perlu mengelak...Yes, its true... Sebab i penah tengok dia terlanggar someone sebab dua-dua x sempat nak elak.. Heheheh.....

4) Her trademark NO EXCUSE, NO REASON.. Boleh faham x ayat ni..??! No Excuse, No Reason.. Its mean, x boleh dikecualikan n x boleh ada sebarang alasan.. Sebagai contoh, if dia mintak something n benda tu memang x ada.. Macam mana kita nak dapatkan sedangkan benda tu memang tak ada..?! Macammana..?? Macammana..?? Tell me plssss.. Contohnya dia if dia nak "buku memo" tapi buku tu memang x penah ada dalam jabatan.. Tapi dia nak jugak.. Dia x boleh terima alasan "buku tu x ada la prof", "buku tu x order lagi la prof", "buku tu memang x ada kt jabatan ni prof".. NO, itu alasan yang x boleh diterima pakai.. So, u need to find any alternative n do something..! by hook or by croock, u must do something..! Pfftttttttt...

5) Beliau seorang yang tidak pandai bersabar.... Bila dia bagi sesuatu tugas, dia x boleh nak tunggu lama-lama.. Kalo dia suruh kita pegi fotostat something, if lambat 2 minit, dia dah bising.. Sibuk2 call kita.. Kalo boleh, dia pass je dokumen tu kt kita, kita pas kt dia balik 2 copy dokumen tu on the spot.. Boleh bayangkan dak..? Tapi itulah hakikatnya.. If nasib kita malang, mesin fotostat got problem, makanya lagi malanglah nasib kita..... Jenuh nak menjawab.. Sampaikan aku kt opis tu mmg x pakai heel dah.. Pakai selipar je, lari sana lari sini sebab bos x boleh tunggu lama2.. Bayangkan, budak2 opis akan ckp "mari kita lihat larian marathon hari ini siapa juara..." huhuhu...

6) Beliau seorang workaholic... Tau dak apa maksud tu..? Kalo x tau, mai nak habaq tapi ampa semua mesti dah tau kan. Hohoho.. Ini olang jenis gila keja maa.. Dia x dak life, life dia hanya WORK WORK WORK.. Itu sahaja... But she's still pentingkan family dia lg.. Dia masuk keja agak lambat sikit, dlm 9am gitu.. So, pagi-pagi tu sempat la nak standby apa yang patut.. And aku sendiri pun terpaksa ikut style dia.. Work Work Work, no life..!! No enjoy... Sorry k, jadual aku sangatlah padat.. Hidup aku hanya dengan kerja sebab aku susah nak cuti, hari weekend pun kena keja.. Bos aku ni masuk 9am balik lak AFTER 7PM... So, if dia balik after 7pm, opkos la aku balik lagi lambat dari tu sebab sebelum dia balik dia akan bagi banyak mandat utk aku selesaikan pada keesokan harinya.. Gedebak gedebuk gedebang jatuh atas pala aku.. Hadoiiihhhhhhhhhhh.. Gilaaaa wehhhhhhhh.... Tapi, aku still pastikan aku akan bercuti utk release tension.. Buktinya, Tahun 2012, i take leave 1 week time beliau pegi Moscow.. Then i take leave for a few days balik kampung tenangkan fikiran... Sometimes, on weekend aku curik gak masa pegi makan angin di Cherating ke Cameron ke Langkawi ke... We must do something, kalo tak nnt fikiran kita akan jadi tersangat2 berat n u will got migrain then it become to be worst..! Trust me...

7) Beliau is Not Human Being... Sorry to say.. I need to admit it.. She's not a human being... Ni bukan kutuk tapi ni lah hakikatnya.. Buktinya, aku sangat susah nak dapat cuti.. Pernah aku mintak cuti, dia tak luluskan dengan alasan kekangan kerja.. Then she will promised bla bla bla.. Tapi cakap gebang saja, bila dah sampai masanya kita apply leave for a 2nd time, still not approve. Last, i take EMERGENCY LEAVE.. Sememangnya, while u work in gomen depart perbuatan ini adalah sangat tidak digalakkan.. Tapi aku terpaksa.. Sebab tu bila dia pegi oversea, aku akan amik kesempatan ini utk bercuti and aku akan apply last minit. Tu pun kena usha mood dia dulu n kena pandai tackle la beb.. Puji2 sikit, sembang2 sikit, yes, APPROVE... Fuuuhhhhhhhhh... Bab MC lak, ini paling menyusahkan.. Penah skali tu aku demam, i sms her to inform that i cant work on that day becoz demam... What she said? Pls come in to office, i need u to settle something urgent..! Blahhhh laaaa. Aku demam kot.. Memang agak baran disini... Tapi aku degil, i got MC n  x masuk opis langsung.. Ada sekali, aku demam.. I inform dia ckp nak pegi klinik just nak check je n amik ubat. Time tu dah keluar baru aku sms sbb kalo aku mintak izin comfirm dia x bagi. Gila kot, migrain bangat ohhhh.. Then dia paksa aku suh patah balik masuk opis sbb ada something urgent, aku pun patah balik.. u know what, aku balik opis just semata2 nak kena ubah magazine box from 1st cupboard to 2nd cupboard.. Itu sahaja.. Dalam hati ckp, WTF.. Tapi tak pe, sabarrrrrrrr.. Paling tak tahan, penah sekali aku dapat MC from Doktor under IPTA tu jugak sebab demam.. Then dia x puas hati, dia call dokter tu tanya, 'why u give MC to my PA?' 'brapa temperature dia?'.. Skali lg WTF..??????????

8) Sikap Berdendam.... Ni paling x best.. Belajar tinggi kalah gunung everest tp otak letak kt lutut... X professional... Berdendam... Sekali kita buat silap.. Berkali ganda kita akan dapat BALA...

At the last, akhirnya now aku dapat bos baru n Alhamdulillah bos kali ni agak BAIK dari yang sebelum ni....

Kesimpulannya, kepada PA-PA or bakal-bakal PA, pandai-pandailah korang tackle hati bos.. Kalo x suka sekalipun, jangan tunjuk sangat... Stay cool je.... Redha je la... Kita yang pilih kerjaya ni dan kita perlulah melaluinya dengan sabar...

Sekian, terima kasih.. hehehe...




Tuesday, January 15, 2013

::S_A Kawin...::


Aku bahagia sangat skang ni with Mr S_A a.k.a SECRET ADMIRER.. Alhamdulillah, tahun 2013 dah masuk tahun ke 6 dah..
Sehingga la satu hari tu, aku dikejutkan dengan berita yang boleh membuatkan jantung aku luruh beb...

Mr S_A nak kena kawin tapi kena kawin ngan orang lain.... Dia terpaksa kawin ngan pompuan yang dia x kenal atas kehendak keluarga.. Time tu mmg aku rasa terkilan sangat2..

Aku dapat berita ni daripada khabar angin dok bertiup ke serata tempat.. Pastu aku tanya kawan baik dia, betui ka Mr S_A nak kena kawin.. Mula-mula kawan dia nafikan konon sebab nak jaga hati aku la.. Aku memang harapkan jawapan tu x betui.. Last betui gak khabar angin tu n Mr S_A pun ngaku. Tapi dia cakap, lepas dia kawin dia akan bercerai dengan pompuan tu.. "Lepas kawin nak cerai" Boleh percaya ke ayat ni..?

Jam 2pm, aku dok rumah dengan penuh rasa debaran... Dah menikahkah Mr S_A aku..? Aku kena belajar terima kenyataan lepas ni dia hak org lain n aku x boleh kacau... Rasa mcm nak sms dia untuk luahan perasaan n at the same time rasa mcm nak p batalkan je pernikahan diorang..

Sampai la jam 2.30pm, kawan baik Mr S_A call ckp Mr S_A x nikah lagi.. dia suh datang masjid tengok Mr S_A nikah.. Aduhaiiii.. Nak pegi ke x nak pegi ke x..? Kalo aku pegi kang, sanggup ke aku tengok..???????

Akhirnya aku amik keputusan utk pergi je majlis tu... Sampai je kt masjid, aku tgk ramai gak sanak saudara.. Tapi kakak n abg ipar, abang n kakak ipar serta adik dia aku x nampak la plak.. Ha'ah la.. Yang aku nampak hanyalah umi je... Ye, umi dok sorang2 di belakang pengantin...

Aku nampak Mr S_A, segak sangat baju putih melayu siap bersamping n bersongkok.. Hensemnya... Tapi sayang, bukan milik aku.. Aku cuba nak terima hakikat ni.. Sabar ye duhai hati ku... Aku berpegang ngan kata-kata Mr S_A, lepas kawin akan bercerai.. Yes, lepas kawin mesti ceraiiiiiiii....

Aku tengok muka Mr S_A selamber je.. X dak riak nervous pun.. Relax je.. Macam dah memang ready dah.... Then aku tgk lak bakal bini dia... Dlm hati aku, mintak2 la x cantikk.... Ishk.. Jahatnya aku ni.... Sekali tengok, fullammmaaaakkkkkkkkkkkkk... cantik weiiiiiiiii..!!! tergugat hakuuuuuu... Betui ke pas kawin cerai ni...?? Takot kang pas kawin x jadi cerai, x lepas teruih... Haaaa.. Merana la ang sharina oiiiiiiii...

Sampai la saat yang paling aku x suka n saat yang dinanti-nantikan oleh semua org. Umi genggam tangan aku kuat2 seolah2 faham apa yg aku rasa.... 'aku terima nikah ........... dengan mas kawin seribu ringgit tunai".. Sah? Sah? SAH...!!!!!!! Dah selamat weiiiiiiiiii... SAH dah!!! dug dag dug dag dup dup dap dap dap dap... Jantung aku nak terkeluaq.. Serius.... Boleh rasa dak apa yg aku rasa..?? Serius wehhhhh... Nak pengsan pun ada... Ayaq mata meleleh dah dari tadi lg.. Tapi aku tgk pengantin pompuan tu senyum bukan men lg.. Fuyoohhhhhhh....

Bila dah SAH tu, acara membatalkan ayaq semayang.. Mr S_A kena p salam ngan bini dia.. Tgk muka dia selamber ja... Bini dia lak dok malu2.. Amboiiihhhhh.. Mmg aku jeles aihhhh.. Siap cium dahi bagai lg.. Rasa mcm nak tarik ja Mr S_A x bagi cium dahi, tapi apakan daya aku... Tengok ja la.. Kwn2 Mr S_A pakat tgk aku pelik jaa.. X pa, x pa........

Sampai la tang nak amik gambar, 'tlg amik gambaq aku ngan bini aku'.. Haihhh.. Macam kenal suara ni... Fuyohhhh.. Suara Mr S_A.. Kata kawin terpaksa tapi tgk mcm suka ja.. Amboiiiiii.. Aku kena tipu ka ni...??? Syokkkk ja dok amik gambaq laki bini... X pa la, aku redhaaaaaaaa... Hurmmmm...

Teetttttt.. Tetttttt... Jam 11.39PM, ada mesej masuk daripada pengantin lelaki.... Lorhhhh.. AKU MIMPI...!! Cissssss... Tapi seriuss.... Jangan la kawin ngan pompuan lainn.. X mauuuuuuuuu.... Uwaaaaaaaaa.. Cukupla setakat mimpi sajaaaaa... huk3..!! ='(

Ok, sekian saja.. ini mimpi saya.. Fuhhhh..... Lega, nasib baik mimpi semata2.. hahahaha..

Monday, January 14, 2013

Trip to BANDUNG

Assalamualaikum

Dah lama rasanya x update blog..
Busy gilerrrrrr.. Kijo sangat sangat banyak...
Nak layan kerenah bos lg... Aduhaiiiiiiiii.... S.A.B.A.R je laaaaa...

Okeh... Berbalik kepada tajuk diatas.... TRIP TO BANDUNG...
Akhirnya dpt jugak aku bercuti with family... walopun x ramai, tp best gak la...

Pengalaman bercuti di tempat orang ni memang asyik bangat seh...
Nak tips2 tak...? Kalo nak, baca kt bawah naaa.. kita sharing is caring.. cewaahhhhh....

1. Sebelum ke sana, "buku merah jgn lupa bawa, moga2 belum tamat tempoh".....

2. Pastikan anda bawak baju juz cukup2 je.. Kalo rasa x cukup, bawak duit banyak2 then shopping kt sana.... Pasar Baru oh Pasar Baru.. hehehe...

3. Bawak beg besar2 tau.. sy cadangkan time booking tiket tu, utk pergi amik kabin je 7KG.. Time balik lak amik lah dlm 20KG supaya anda tak terlepas dari kena bayar 1KG = RM50 if terlebih kilo..

4. Jgn lupa pegi Tangkuban Parahu yg kawasan Gunung Jerai opsss Gunung Berapi tu.. Then bila pegi sana, sediakan baju tebal a.k.a sweater yup sbb kt situ agak sejuk sikig...

5. If korang mencari friedge magnet, beli lah kt org2 yang dok jual secara rambang tu.. X payah nak membazir beli kt kedai2.. Org2 yg jual kt tepi jalan tu harga jualannya lagi murah berbanding harga di kedai.. Serius..!!!

6. Masa shopping kt Pasar Baru, tempat ni mmg sangat2 sesak.. Almakluman la tempat shopping paling popular di Bandung. Kat sini korang kena pandai main harga n kena pandai pilih kedai ler sebab kedai kt sini banyak sangat. Then standby la satu beg besar utk memudahkan kita menjinjit beg n pergerakan kita.. hehehe...

7. Bila korang nak balik ke Malaysia, mesti korang masing2 akan risau pasal tax kan..? Org KASTAM mmg suka bab2 ni... So, korang kenalah pandai2 jaga harta naaa.. hahaha. Kalo boleh elakkan dari guna troli airport tu.. Then jalanlah secara berasingan agar barang tu xlah nampak banyak.. hehehe..

Sekian, itu je lah tips sy.. hohohoho...


Wednesday, October 17, 2012

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥


 Kalau kita sukakan seseorang,
jangan berita...hu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
...
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)
 

Wednesday, September 19, 2012

Dasyatnya DOA SEORANG IBU..!!

UNTUK SESIAPA YANG MERASAKAN DIRINYA SEORANG ANAK YANG SOLEH SOLEHAH – BACA LAH 


Assalamualaikum Semua,

Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar. So kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu. Di takdirkan anda malas juga nak baca, saya harap bacalah juga pada bahagian yang ada tanda **** ..


Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik.

Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya. 
  • Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka. 
  • Melihat kaabah sehingga menitis air mata. 
  • Membaca quran sehingga menitis air mata. 
Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!

  • Anak. 
  • Ibu. 
  • Suami. 

Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk lah muka laki kita tika dia tidor - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut..

Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.

Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.


*** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” .

“Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.

*** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.


Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.

Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, lps tu bicaralah dengan Allah..

“Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” .

“Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” .

Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

*** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.


*** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.

Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket...sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam pd merika.

Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!.

*** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

*** Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak2nya. Doa ini bukan bermaksud minta merika sakit or nyanyok..ironinya keadaan demikian membolehkan anak2 berebut mahu menjaga merika disaat merika dlm keuzuran itu sbb balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.


Selalu Bergaduh Dengan Ibu

Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.

Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.

Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.

  • Symptom terkena saka: 
  • Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena. 
  • Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar. 
  • Susah nak dapat anak, senang gugur. 
  • Ada rasa kelibat orang lalu. 

Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.

Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.

Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.

Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.


Anak Lari Dari Rumah

Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.


Anak Degil

*** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK

Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon dari org yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalu kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

So sama2lah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut memanjangkan mail ini kepada sedara seagama kita. Wallahualam....

smpikan ilmu ini kpd yg lain wlupun satu ayat 

*copypaste*

Imam Syafi'e said...

Renung-renungkan dan selamat beramal.... =)

Thursday, August 2, 2012

::Kasut Tumit Tinggi Jejas Kesihatan::

Safety Tips

As we know, perempuan ni suka pakai kasut tumit tinggi kan..? kan..? kan..? especially para setiausaha.. kasut tinggi melangit ohhh...

Tapi u olls sedar tak ada side effects if kita selalu sangat pakai heels yg tinggi melangit ni.... kalo x tahu meh sini nak inform sikit untuk anda semua... sharing is caring kan... Sila baca di bawah ini dengan teliti yup... 

Kasut tumit tinggi memberikan tekanan pada lutut dan kajian dilakukan Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat menyatakan bahawa seorang wanita yang mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter (sm) akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus. Keadaan ini akan mengundang penyakit osteoporosis dan penyakit sendi. Malah, ia juga boleh mengakibatkan rasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, menyebabkan kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga
tangan.

Bagi mengelak mengalami penyakit itu, persatuan berkenaan menyarankan wanita supaya memakai heels dengan tumit tidak melebihi dua sm dan tempoh pemakaiannya tidak melebihi tiga jam
secara berterusan.

Menurut satu kajian yang dijalankan di London, tindakan memakai kasut tumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang
anak. Gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7 sentimeter memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.
Sumber dipetik dari Harian Metro pada 25/03/2009

Lebih mengejutkan apabila sesetengah reka bentuk terbaru kasut tumit tinggi boleh membuatkan rambut gugur. Ini berlaku kerana kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanita menyangka ia adalah `perut buncit'.

Keadaan itu memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai visceroptosis dan ia turut memberi kesan pada leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut.

Visceroptosis ialah keadaan yang biasanya menyerang wanita memakai korset atau barut tetapi kini ia menemui `mangsa' baru dengan menjadikan kaki sebagai sasaran. Menurut kajian sama, pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan masalah kesuburan dan kitaran haid serta fungsi bahagian
atas tubuh badan.

*****************************

HANDBAG juga boleh menjejaskan kesihatan terutama yang besar dan berat kerana ia boleh menyebabkan tekanan pada tulang.

Kajian pakar tulang mendapati barangan yang banyak di dalam handbag akan memberikan tekanan kepada tulang bahu sekali gus menyakitkan otot pada satu sisi badan. Lebih serius, tekanan itu akan mendatangkan kesan kepada punggung dan bahu. Untuk mengatasinya, anda boleh cuba menggunakan beg sandang belakang yang mampu memuatkan pelbagai barangan secara seimbang pada kedua-dua belah bahu.

Jika anda masih enggan menukar kepada beg gaya sandang itu, cuba gilirkan letak tali beg sandang bagi mengurangkan kesakitan otot pada hanya sebelah bahu. Satu lagi kaedah yang dapat membantu adalah usahakan untuk berdiri tegak ketika menyandang tas tangan dan sesekali rehatkan bahu anda dengan cara meletakkan beg di bawah jika ada kesempatan.

Sumber ini adalah daripada email yg saya perolehi di tempat kerja.

Sekian, terima kasih.

(^_^)v


Thursday, June 28, 2012

::CHERATING, PAHANG..::

Tanggal 22 Jun 2012, kali pertama jejak kaki ke Kuantan, Pahang.. Wah... Bak kata org Kedah, 'peghak' la minah ni 1st time turun Kuantan.... Mmg 'peghak' la... hahaha.. I follow my housemate coz dia dapat percutian percuma n pilih Kuantan sebagai destinasi nyer.... Dulu dia penah belaja kt UIA Kuantan, so tetiba teringin nak melawat UIA turrrrr terus la decide turun sini...


Mmg best laaaaa.... Ada gak dugaan nak sampai sini tp biarlah rahsia.. hehehe.. Kitorang bermalam di Swiss Garden Resort & Spa.. Tp so sad sebab bilik mengadap jalan raya, bukannya pantai.. Pepun, redha je... Uhukkkk... ='(

Kat sini merata tempat gak la kitorang merayau tp x semua tempat dapat snap pic sebab hp masing2 out of batery... Ouchhhh.. Rugi2... Tapi hp Sony Ericsson mmg x penah out of batery la, nak msj ngan Mr S.A tu wajib.. hehehe.. 

Tgk la gambar kt bawah ni.. 3 pulau kitorang berjemur tengah panas.. wakakaka..

Pantai belakang Swiss Garden 
Pantai Cherating
Teluk Chempedak

Cantik kan gambar yg paling bawah tu.. Kt Teluk Chempedak... Ishk... Mmg geram nyer sbb x leh nak mandi.. Malu ler nak mandi...... hihihihi.. Juz main air je... Cuma kt pantai balok je x main air, jauh sangat nak jalan.. Lagipun time tu panas sangat, abeh terbakar kulit nanti.. kihkihkih....

Ni snap kt belakang Swiss Garden

Ni snap kt Cherating, memey panas giler time ni.... Berjemur habessss.. Teruja tengok air nyer yg membiru, x kisah la panas pun... Terima je kalo kulit burn pun...... hahaha...

Okey... Tu je la nak story pun...... Jom la pakat2 p sana.. Best.... X rugi pun, berbaloi baloi....

p/s: Pasni jom p Bali lak.... kihkihkih...

Wednesday, May 16, 2012

::KEGAGAHAN WANITA::

✿ KEGAGAHAN WANITA ✿

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah :

1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.” Tidak dihitung kaya orang yang banyak harta,tetapi kaya sebenar ialah kaya jiwa”

Friday, February 11, 2011

::Dasyatnya Doa Seorang IBU..::

Assalamualaikum W.B.T Semua,
Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar. So kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istimewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu. Di takdirkan anda malas juga nak baca, saya harap bacalah juga pada bahagian yang ada tanda **** ..

Ibu Kita dan Sebagai Ibu
- Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bila ada masa untuk buat benda tak
baik tapi tak dak masa nak buat yang baik.

- Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

- *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang ,so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

- Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

- Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata.
Ø Memandang wajah ibu yg tidur / sedar hingga berlinang air mata.

- 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
Ø Anak.
Ø Ibu.
Ø Suami.
Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk lah muka laki kita tika dia tidor - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya
jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut..

- Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya. kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.

- Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

- Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.

- Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.

- *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.

- Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, "ungkit" kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil "wasilah amal" .
Ø "Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini".
Ø *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab.
Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.

- Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.

- Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, lps tu bicaralah dengan Allah..
Ø "Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini" .
Ø "Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini" .
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.

- *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang, buat ibu yang sudah meninggal, maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

- Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.

- *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
Ø Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap.."Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan" atau "bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.." Ustaz
kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

- Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita "berkatilah si A ini" dan jika tak bagi salam, mereka akan kata "celakahlah orang ini" Jadi, jangan lupa bagi salam pd mereka.

- Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tapi tak pernah keluarkan zakat.

- Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

- Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!.

-*** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku". Itu yang akan buat ibu kita bahagia di sana .

- Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

- *** Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak2nya. Doa ini bukan bermaksud minta mereka sakit or nyanyok..ironinya keadaan demikian membolehkan anak2 berebut mahu menjaga merika disaat mereka dlm keuzuran itu sbb balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

- Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

Selalu Bergaduh Dengan Ibu
- Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
Ø Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.
Ø Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.
Ø Symptom terkena saka:
v Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
v Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar.
v Susah nak dapat anak, senang gugur.
v Ada rasa kelibat orang lalu.
v Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak berintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
Ø Cara hilangkan saka, Zikir "Laillahaillalah" 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

- Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

- 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.

- Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.

- Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.."Qulhuwallahuahad." 1000x sehari.

Anak Lari Dari Rumah
- Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

- Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.

Anak Degil
- *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK
Ø Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon dari org yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalu kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

So sama2lah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut memanjangkan mail ini kepada sedara seagama kita. Wallahualam..

Friday, January 7, 2011

::Kata Datuk Dr. Fadilah Kamsah..::

Salam u olls... arini I nak share sal kata2 motivasi daripada Pakar Motivasi kita.. Macam biasa, I dapat email frOm rakan sekerja.. Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say :

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa"
dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "

Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah...."

Jadi renungkan lah.....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA, BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ...
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki...
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih...

Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Thursday, December 23, 2010

::What is SELAPUT DARA..?? jOm kita nengOk..::



salam semua... tengah2 syok melayari internet, tetiba I terjumpa satu artikel neh.. so I nak share ngan u olls. ini bukan LUCAH ok.. ini adalah info... sharing is caring.. tak salah kan kita berkongsi.. hehe..

Pengenalan:

Sebagai seorang wanita kita sering mendengar tentang istilah selaput dara. Sayangnya, pengetahuan kita terhadap perkara tersebut amat terbatas. Malah ada kalahnya ia lebih banyak dipengaruhi oleh mitos berbanding fakta sebenar. Agar tidak terkeliru dengan mitos yang diuar-uarkan, fahamilah informasi di bawah ini.


APA ITU SELAPUT DARA??

Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.


ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?


TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.


APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?

Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.


Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s*ks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan s*ks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.

APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?

Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan se*sual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan se*sual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.


Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.


APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?

Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan se*sual buat kali pertama.

Malah dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan hubungan se*sual buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.

Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan hubungan s*ks untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian.

Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.

Read more: http://www.rahsiaperkahwinan.com/2008/10/apa-itu-selaput-dara-woman-sexy.html#ixzz18vSXpKDv

Under Creative Commons License: Attribution

Wednesday, December 22, 2010

::Sapa kata PA @ Setiausaha tak banyak kerja..???::

salam sume... arini mOod OK aje... suam-suam kuku gitu.. huhu.. nak cakap la skit sal keja kan.. ntah nape la aku slalu sangat dengar org dok cakap keja sebagai Setiausaha ni tak buzzy..!! tak banyak keje.. jawapan aku, KEPALA HOTAK ko tak banyak keje...!! meh dok sini baru ko tau keje banyak ke tak.. nak tau nape..? sbb aku memegang jawatan tersebut.. selaku org kanan bos, tipu ah lau tak dek keje... tp tipu gak ah lau time keje tak leh nak online n wat sesuka hati kita.. hehehehe.. sebenarnya keje sebagai PA ni simple n senang je lau tau caranya... tp bagi aku yg masih baru nak berjinak2 neh, agak kelam kabut gak lah.. antara tugas2 sebagai PA adalah seperti berikut:

Buat surat menyurat mmg WAJIB..!! huhu.. lau dapat bos yg OK a.k.a SPORTING, merdekalah kau.... mainn taip je ayat ikut rasa sedap kite kan.. juz edit format yg dah ada n tambah perencah n perisa yg ada dalam kepala otak ni utk sedapkan lagi ayat tu.. tp lau dapat bos yg terlebih pandai mcm bos aku neh, jenis kena ayat berbunga2 a.k.a cerewet tahap kritikal mengalahkan menara KLCC, abeslah ko.. setiap baris ayat dia akan komplen. sampai titik noktah koma pun dia akan belek tau.. haaaaa.. spacing pun kena be carefull... aku paling menyampah buat surat sbb bos aku ni "sporting" giler kot.. draf surat berpuluh kali baru nak sign.. huhu.. jgn kata draf, letter head pun lima kali buat baru nak sign. apa kes kan..?! sbb bila dah masuk ke letter head ni comfirm la yg draf tu dah OK or dah APPROVE kan.. tp tak jugak.. dah kuar letter head pun still ada pembetulan lg mcm budak sekolah lak.. huhu.. u olls tentu leh bayangkan betapa cerewetnya dia.. huhu.. *oops.. terkutuk bos sendiri plak.. huhu..*

Then, keja PA ni tak macam org len.. cam u olls, mesti ada sesetengah tu pepagi leh masuk lewat.. kan.. kan.. kan.. ada yg suruh kawan touch kad la punch kad la.. tp PA leh ke masuk lewat..?? setahu aku lah kan, better PA sampai dulu sblum bos sampai kan.. macam aku neh, masuk keje jam 8.10 pagi tp jam 7.50 paling lewat lah, aku dah ada kt opis... ye la, dah PA kena lah kemas2 bilik bos, kemas bilik sendiri yg bersepah mcm tongkang pecah.. bilik bos lak pe kurang nyer, bersepah jgn ckp lah.. tp kadang2 aku ni malas sikit, tak kemas pun.. kasi cleaner yg kemas kan.. hehehe... pape pun, pepagi mmg dah kena ada kt opis sebelum bos masuk. ni yg paling molek la bagi seorang PA..

Pahtu, rekod surat masuk adalah perkara paling WAJIB sbb nnt lau ada pape masalah untuk nak wat rujukan, sume dah ada.. senang je, taip n save.. haa.. surat masuk pun taklah banyak sangat.. biasa2 je.. slalunya aku akan wak masuk surat kt bilik bos time dia tak de.. time dia ada aku buat tak tau ja. hahaha.. sbbnye, lau aku wak masuk time dia ada nnt aku takleh nak kuar.. dia akan suh aku tunggu depan dia (berdiri cam pokok) sampai la dia abes baca surat tu n take action.. baru leh kuar dari bilik tu. lau sejam dia belek, sejam la aku kena berdiri kt situ.. then lau ada pape soklan yg dia tanya, tp kita tak tau, siap la kena mamakiki hahamunmun.. ha.. then baru aku leh fotostat surat tu n agihkan kepada yg berkenaan.. fuhh.. yg ni paling leceh coz nak kena buka stapler utk fotostat then klipkan balik.. malas giler.. huhu..

Time keja lak macam doktor tau..!! keja tak kira masa... time rehat kena keja gakz tau.. cam bos aku neh, dia slalu kuar rehat jam 11 pg then jam 12 tgh hari dia masuk balik.. tp kita rehat kol 1ptg kan..?? time tu aku nak rehat cena lau bos dok ada lam bilik... hurm.. asal nak kuar je, loceng bunyi, dia pangge masuk bilik dia.. *bukan wat benda tak elok okey!!.. haha..* ada je keje dia nak bagi.. so nak kuar rehat pun agak kecut perut lah.. hehe.. lau otak dia dok fikir sal keja, kita pun kena jadi cam dia gak.. sbbnya, bila dah abeh keje a.k.a malam time, bos akan tetap call lau ada hal g dia nak ckp or nak tanya berkaitan hal pejabat.. sal appoinment dia ke, meeting dia ke.. nak tak nak, kena jawab gak kol tu then layan je soklan dia.. walopun tu ari cuti.. lau tak ingat, habeslah.. pandai2 la jawab.. then, aku abeh keje jam 5.10 petang.. tp aku selalu balik lewat sbb bos aku ni kadang2 dia balik lambat.. tau tak nape?? sbb pas rehat kadang2 dia tak masuk opis walaupun time rehat dia ni agak confuse sikit.. hehe.. dia kuar rehat awal, dalam jam 4 lebih baru dia masuk balik.. tu dah time nak balik dah.. aiya... camna nak balik awal kan.. dh la masuk keja awal, balik lak lewat amat.. hukhukhuk.. tp tak pe, sbb time balik selalunya aku ONLINE.. hehe.. dok bilik sendiri, buat je apa yg ko suka.. asalkan pandai jaga "line" cukup.. hehehe... *x payah nak ngata kt aku, uoll y baca ni pun buat benda y sama kannnnn*

Then, nak gitau, keja PA bukan setakat sebagai wat keja pejabat je.. keje luar pun kena wat gak tau.. haa.. ni aku nak story sal pengalaman aku time banjir besar kt Negeri Perlis ritu.. fullamak.. mmg dasyat giler.. keje pun dasyat ma.. korang percaya tak aku keje 1 day 24 hours, 1 week 7 days..??!! itulah hakikatnya.. ceni... 1st day bencana banjir tu, ujan memang tak henti2 lah dalam masa tiga hari berturut2.. time tu mmg dah kelam kelibut sbb banjir dah mula naik kat each area so kitorang kena standby n tubuhkan Bilik Gerakan hari tu jugak.. nak dijadikan cerita, bila air dah naik tinggi, aku takleh nak balik umah coz terkandas.. keta dah tak leh kuar dah..!! jalan sume kena tutup. so malam tu terpaksa la bermalam kt opis.. tp nasib aku baik coz bos aku bawak aku tido kt umah dia n kasi aku baju.. then 2nd day lak, pagi2 lg aku kena ikut bos meeting ngan VC kt hotel Putra Palace n Bilik Gerakan ditubuhkan kt situ.. start dari pagi tu sampai la ari ketujuh bencana banjir a.k.a banjir dah surut baru aku ley berehat.. bayangkan time tu keje tak kira time.. start dari pagi sampai pagi kotttt..!!! tapi tak pe lah, kita berkhidmat untuk Negara... dapat pahala n dapat $$.. haha..

Lagi apa erk.. ha.... nak gitau, jgn ingat PA ni keje nyer asyik bodek bos je tau... sorry lorh, aku bukan jenis bodek.. wahaha.. tp pepagi n pepetang aku mmg kena standby utk keluar cari makan bagi bos isi perut.. coz time ni time dia lapar.. lau aku tak sediakan, dia sendiri yg akan tanya.. so u olls kena tau, tugas ni ada ke P/O buat..?? ada ke..?? ada..?? lau ada, ok lah tu.. hehe... tp ini mmg keje seorang Setiausaha.. nak tak nak, mmg kena buat.. salah satu daripada tugasan jugak tu.. time study pun dalam modul mmg ada bab neh.. pagi2 kena letak surat khabar kt meja dia.. then bab makan better sediakan bila bos dah masuk opis.. seb bek lah bab makan ni bos aku tak cerewet.. bagi je apa pun.. sume dia makan.. abeh licin.. seronok bila tgk makanan yg kita belikan abeh dimakannyer.. hehe...

bab emosional lak.. ni yg paling aku tak tahan.. sampai nanges2 kot.. lau u olls nak tau, my bos ni bekas polis..!!! so cara dia pun agak keras n tegas n keeeeee n gaaaaa lah.. hehe... faham2 je lah erk.. maki hamun ni asenye dah sebati dah lam diri n jiwa sanubari aku neh.. cewwahh.. haha.. tp ngangis kot.. hehehe... mula2 tu memang tak tahan kot.. panas je telinga bila kena maki, nak tengok muka dia pun meluat, benci n macam2 lagi.. tp lama2 alhamdulillah.. ok la sikit.. hehe.. lau mood bos tu OK dari pagi, maka akan OK lah sampai ke petang.. lau dari pagi muka dah monyok mencuka, standby lah.. sampai ke petang lah akan telan segala maki hamun n sumpah seranah.. huhu... tp keje PA ni memang kena banyak sabar..

Terimalah hakikat keje sebagai PA ni lebih kurang seperti menjadi isteri kedua bos.. haha.. ooopsss.. tak lah camtu.. maksud aku, kira org penting gak la.. slip gaji dia kita kena simpan.. segala surat2 dia yg masuk tak kira la personal ke hape ke, sume kita yg buka, kita yg simpan.. hehe.. segala rahsia peribadi ke hape ke kita leh tau, kita kena simpan. Jadi PA ni gak, kena jujur tau.. kena simpan rahsia.. sbb PA akan tau semua benda2 yg SULIT tak kira la pasal bos ke pasal staf lain ke, mmg kena simpan lek lok.. pendek cerita, zip mulut je lah.. huhu... tapi kadang2 zip mulut aku ni bleh tahan gak.. wakaka..*berterus terang ni.* then, disebabkan PA ni adalah org kanan bos, lau staf lain marahkan bos, PA pun akan kena tempiasnya jugak tau.. contohnya bila jawab call.. ye lah, PA salah satu keje pentingnya adalah jawab panggilan tepon.. wat appoinment bos la hape lah. disebabkan ada telefon sendiri n boleh tepon kuar jugak ia amat memberi faedah kepada aku... hehehehehe.. *noty tul erk aku neh..*

Lagi satu nak gitau, keje PA ni sebenarnya memang buzzy..!! bos buzzy, PA pun tumpang buzzy gak tau.. huhu.. terutama bila bos nak outstation.. sbbnya... PA lah yg nak kena uruskan pengangkutan, penginapan n segalanya yg berkaitan untuk beliau berangkat... so, memang tak senang duduklah dibuatnya coz prosedur gomen ni agak leceh sikit.. macam2 kena buat tambah2 bila bos nak ke luar negara.. panas bontot kot.. huhu.. tp lau naseb tak baik, kemungkinan bos tu akan bawak PA ikut dia skali.. huhu.. tu kira nasib tak baik la coz lau ikut dia bukannya leh g jalan pun.. kena bubulili je... nak wat hape...!! len la lau g lawatan ke hape ke.. best la jugak kan.. pahtu sal bos nak g meeting n nak buat meeting.. time ni gak lah time yg wat serabut.. haish.. nak kena sediakan agenda, call sana sini panggel org, order makanlah.. pastu time meeting nak kena dok sebelah dia.. tak leh dok jauh2.. dah tu.. pas meeting nak kena wat minit lak... gitulah keja seorang PA... so jgn ckp PA tak dak keja okey..!!

hurm... rasa cam dah panjang sangat menulis.. ni pun aku taip stop taip stop.. hahaha.. t aku share lg erk.. daaa.. salam..

::LAPTOP ON BED... Pls Read..!!!::


Salam readers.. arini I nak share sal satu artikel ni yg I dapat dari email I awal pagi tadi.. pLz take note tau..!!!

Please take time to read!! Very important! ‎ Caution !

You may have heard that a good friend of ours in Mequon lost their 25 year old son (Arun Gopal Ratnam) in a fire at home June 4th.

This is what happened.
He graduated with MBA from University of Wisconsin-Madison two weeks earlier and came home. Had a lunch with his dad at home and decided to go back to to clean up his room at school. Father told him to wait and see his mother before he goes back for a few days.

He decided to take a snooze while waiting for his mom to come home from work. Neighbors called 911 when they saw black smoke coming out of the house. Their 25 year old son Arun died in the three year old house. It took several days of investigation to find out the cause of the fire. It was determined that the fire was caused by lap top in the bed.

When the lap top is on the bed cooling fan does not get air to cool the computer and that is what caused the fire. He did not even wake up to get out of the bed he died of carbon monoxide.

The reason I writing this to all of you is that I have seen all of us using our lap top in bed. Let us all decide and make it a practice not to do that. Risk is real. Let us make it a rule not to use lap top in bed or put computer on bed with blankets and pillows around.

Ha... u olls dah baca kan.. faham tak pe die cakap..?? I ni tak terror bab translation although time study dulu amik translation.. hehehe.. die ckp, berhati2 bila guna laptop diatas katil sbb ia akan menyebabkan kebakaran berlaku.. pendek kata, laptop akan meletup la lebih2 lagi lau kita tak guna "cooling fan" sebagai alas si laptop tu.. tu sbbnya "cooling fan" ni penting bagi pengguna laptop.. lau sesapa yg beli laptop tu, pastikan ada juga membeli "cooling fan" okey.. ada banyak jenis "cooling fan" tau.. yg cute, yg cun, yg simple, yg ada bling2, yg murah or yg mahal.. sume ada... so berhati2 ya.. =p

ikutlah contoh org kt bawah ni.. hehe..


Wednesday, December 15, 2010

::AWARD FOLLOWER KE-300::

Salam semua.. harini tergerak hati I nak kasi award kepada seseorang neh.. beliau adalah follower yg ke-300.. award yg kite edit ni tak lah secantik mana.. tp kite wat n beri dengan hati yg ikhlas tau.. hehe.. thankz coz sudi singgah n follow kite erk.. =p




Tuesday, December 14, 2010

::ULSER KORNEA::

Aku salah seorang daripada mangsa jangkitan pada mata iaitu ULSER KORNEA.. amat bahaya... punca benda ni jadi, semua org tau kan.. betul lah tu.... kena jaga betul2.. aku ni men hentam je.. tak mek port langsung.. haa.. kan dah kena... pasni serik ke tak..?? masalahnya.. aku tak serik lagi.. skangni aku menghitung hari sbb aku nak pakai balik lens neh.. opsss.... tak pe kan.. ntah la.. janji kena jaga betul2 lah... sebenarnya ni kali kedua aku kena jangkitan neh.. sebabnya aku ni jenis tak reti nak serik.. tak jaga lek lok lak tu... men pakai ja.. aduih.. loqlaq noh.. nak nyesal pun dah tak guna dah.. u olls nak tau cena rasanya bila kena jangkitan tu..?? nampak cam biasa je kan.. tp seksa kot..!!! time kena tu, mata kita rasa cam ada benda.. memang tak leh nak celik langsung sbb waktu tu mata dah tak leh peka ngan cahaya.. maksudnya, tak leh kena cahaya.. bila buka mata, air mata akan meleleh mcm org ngah nanges.. then mata akan kemerahan.. jangan cakaplah mata merah camne.. memang merah giler... kalah mata org yg ngah sakit mata tau.. then bila kita pejam mata, mata akan rasa sakit, air mata akan meleleh... sakitnya jangan cakap.. berdenyut2...!!!! Hanya Tuhan je yg tau...... bila jadi mcm tu, jgn tunggu lama2.. terus g jumpa doktor.. kalo boleh, g hospital terus..!! sbb bila kita g klinik pun, tetap akan rujuk ke hospital.. jangkitan ni amat berbahaya sbb takut nnt jadi parut.. bila jadi parut, faham2 je lah ek.. tunggu je lah penderma kornea.. ni berdasarkan pengalaman aku lah.. punca2 nya aku malu nak cakap.. hehe... tp salah satu nya aku ni jenis pakai lens melebihi had masa iaitu lebih dari lapan jam sbb buzy ngan keja kan.. balik keje lewat, lens pun buka lewat lah.. huhu... Hospital kesayangan aku untuk merawat penyakit ni adalah HOSPITAL TUANKU FAUZIAH.. walaupun aku org Kedah, tp aku lebih suka perkhidmatan kt Perlis... aku pangkah HOSPITAL YAN..!!!! banyak sbb nape aku benci hospital tu.. macam sial.. aku lebih rela bawak keta2 jauh lau sakit datang ke HTF daripada pegi hospital Yan tu.. teruk kot...!! nak tau nape..?? sbb dulu 1st time mata aku kena jangkitan ni, aku pegi HTF dulu then kt Perlis sebenarnya kena g klinik dulu baru leh g hospital.. bila aku g Klinik Kesihatan Kangar, terus diorang rujuk ke HTF n jumpa pakar terus... aku dapat rawatan segera n alhamdulillah OK.. layanan nurse pun sume OK.. jenis mesra gitu.. termasuk pegawai farmasi, bagi ubat pun leh senyum2.. tp hospital Yan, sial siot... ari pertama mata aku sakit, merah menyala n berair, boleh ke dia bagi Eyemore je..???!!! then TAK CHECK langsung..!!! sedangkan aku dah gitau dia dah yg mata aku cam kena jangkitan.. paling aku bengang, aku tak dirujuk kepada doktor yg bertugas, sebaliknya juz pembantu perubatan ja... ubat apa nak bagi pun dia tak tau coz aku tengok dia sibuk merata tanya pembantu perubatan yg lain ubat apa yg nak diberi kt aku.. ape ni..???!!! ceni ke hospital..???? ha.. bertambah dah dosa aku kutuk bnyak sangat. memang bengang kot..!!! nasib aku mmg ada sejarah jangkitan neh.. kalo org yg baru 1st time kena, tak ke naya org tu..?? tak dapatkan rawatan yg sepatutnya, leh jadi buta kot mata org tu.. jgn memain..!!!!! haish.. takat sini je aku tulis.. sbb ngah marah.. ni aku copy paste artikel pasal ULSER KORNEA...!!!

FAKTA: Simptom



  • Mata merah



  • Sakit (tidak semua)



  • Tompok putih pada kornea, bergantung pada tahap serius ulser ia mungkin tidak kelihatan pada mata kasar



  • Sensitif pada cahaya



  • Mata yang sentiasa berair



  • Mata yang gatal dan rasa terbakar.

  • Rawatan

    Ulser kornea memerlukan rawatan yang agresif, jika tidak ia boleh membuatkan seseorang itu hilang penglihatan. Langkah pertama adalah menyingkirkan jangkitan. Antibiotik diberi selain ubat-ubatan khas yang mensasarkan punca jangkitan. Kebiasaannya ia akan sembuh. Bagaimanapun jika tidak dan kornea kekal berparut, pemindahan kornea diperlukan bagi mengembalikan penglihatan. Rawatan awal sangat diperlukan kerana ia boleh menghalang pembentukan ulser. Jika tidak, jangkitan boleh menyebabkan ulser

    ::KEINDAHAN KETIKA INGIN MENUNAIKAN SOLAT SUBUH..::

    Salam semua... cambesa, arini I nak share artikel ni yg I dapat dari FB.... lg skali nak ckp, tak de niat langsung nak ciplak okey.. sekadar renungan kita bersama.. TQ.. =)

    Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

    Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

    Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

    Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

    Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

    Aku adalah Syaitan

    Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

    Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

    Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'

    MORAL :

    Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tsbt .



    Friday, December 10, 2010

    ::Tagged By Cik Anis::

    Salam semua.. rasanya cam dah lama tak update blOg.. tetiba arini kena tag plak ngan cik anis ye.. hehe.. thankz coz sy terpilih dalam senarai anda.. =D

    Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts or goals about you. In the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you, it's because I want to know you more

    1. Aku anak sulung daripada dua org adik beradik n anak tunggal pompuan.. hehe.. memangla anak tunggal pompuan kan sebab adik aku kan laki-laki.. =p

    2. Aku rasa aku sorang yg adventure n independent sbb dari zaman skolah sampai la skang aku asyik berjauhan dengan family aku n cari duit poket sendiri n jarang nyusahkan mak abah aku.. sbb dari kecik lagi abah aku dah ajar, SELESAIkan sendiri masalah yg dihadapi.. huhu...

    3. Aku suka makan.. makan.. makan.. tak cerewet bab makan neh... tp lau telor itik, jgn la erk.. bley makan tp kureng selera sikit.. hehehe...

    4. Dah bekerja di sebuah IPTA bersesuaian ngan minat n bidang yg aku belajar.. Alhamdulillah..

    5. Warna feveret aku tak tahulah... sbb asal nampak cantek je sume tarik.... hehe.. tp suka warna gelap2...

    6. Niat dihati nak sambung degree.. tp terpaksa pendam hasrat tu atas sbb2 tertentu.. utang banyak kot.. huhu..

    7. Aku anak jati negeri jelapang padi.... Negeri Kedah Darul Aman....

    8. Dilahirkan pada 14 September 1989, berzOdiak VIRGO...

    9. Suka sukan... minat sukan... sbb tu pilihan tempat praktikal aku adalah di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah...

    10. Suka sangat makan angin... tempat yg paling best adalah Pulau Langkawi.... hehe

    11. Selalu berurusan ngan hospital... sakit2 yang selalu dihidapi adalah Ulser Kornea.. degil sangat asyik pakai contact lens je.. Hospital kegemaran adalah Hospital Tuanku Fauziah, Perlis sbb perkhidmatan amat memuaskan.. penah gak masuk Hospital Kuala Lumpur selama seminggu sbb DENGUE FEVER.. tak mau kena dah demam denggi neh.. serik asyik kena cucuk je.. huhu..

    12. Teringin nak bercinta macam org lain.. ada pakwe yg sangat setia n faham perangai org cam aku neh.. tp aku susah nak terima someone lam idup aku.. tapis dulu baru approve.. hehe..

    13. Suka kumpul perfumed n keychain seluruh negeri dan negara.

    14. Sangat sensitif, mudah sentap dan terasa.. haha..

    15. Aku ada 4 impian.. dua dah tercapai.. tinggal lagi dua.. hehe... RAHSIA

    16. Sangat menghargai apa yg aku dah dapat....

    17. Suka tengok umah tinggi2 cam kondominium n teringin nak stay kt umah camtu.. hehe..

    18. Tak suka kawasan yg sesak cam pasar malam dan sebagainya...

    19. Suka dengar lagu lama2.. cam lagu rock slumber gitu... tak pun lagu balada cam lagu SLAM.. hehe..

    20. Suka nengok TV, tak kisah la citer ape pun janji BEST.. ahaha..

    21. Suka membaca.. baca paper, baca novel, baca majalah dan sebagainya.. janji BACA..

    22. Paling malas kemas bilik...!!! oops.. kantoi suda.. hehe..

    23. Aku seorang yg PANAS BARAN.. cepat naik angin..!!

    24. Suka mek gambar... sbb tu bila beli HP, benda yg paling penting akan aku belek adalah KAMERA nyer..

    25. Akhirnya.. selesai sudaaa.. hehe...



    insan yg terpilih untuk di tag adalah.. jeng... jeng.. hehe..