As we know, perempuan ni suka pakai kasut tumit tinggi kan..? kan..? kan..? especially para setiausaha.. kasut tinggi melangit ohhh...
Tapi u olls sedar tak ada side effects if kita selalu sangat pakai heels yg tinggi melangit ni.... kalo x tahu meh sini nak inform sikit untuk anda semua... sharing is caring kan... Sila baca di bawah ini dengan teliti yup...
Kasut tumit tinggi memberikan
tekanan pada lutut dan kajian dilakukan Persatuan Ortopedik
Kaki Amerika Syarikat menyatakan bahawa seorang wanita yang
mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang-kurangnya tiga
sentimeter (sm) akan meningkatkan tekanan pada lutut
sehingga 26 peratus. Keadaan ini
akan mengundang penyakit osteoporosis dan penyakit sendi. Malah,
ia juga boleh mengakibatkan rasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki
sehingga menjadi radang kulit, menyebabkan kesakitan
pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang
kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga
tangan.
Bagi mengelak
mengalami penyakit itu, persatuan berkenaan menyarankan
wanita supaya memakai heels dengan tumit tidak melebihi dua
sm dan tempoh pemakaiannya tidak melebihi tiga jam
secara
berterusan.
Menurut satu
kajian yang dijalankan di London, tindakan memakai kasut tumit
tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia
juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang
anak. Gaya berdiri
yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7
sentimeter memberi kesan kepada organ dalaman dan
kesuburan wanita.
Sumber
dipetik dari Harian Metro pada 25/03/2009
Lebih mengejutkan apabila sesetengah reka bentuk terbaru
kasut tumit
tinggi boleh membuatkan rambut gugur. Ini berlaku kerana kedudukan
pinggul cuba
ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan
isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan
yang ramai wanita menyangka ia adalah `perut buncit'.
Keadaan itu memampatkan organ
dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai visceroptosis dan ia
turut memberi kesan pada leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah
keguguran rambut.
Visceroptosis ialah keadaan
yang biasanya menyerang wanita memakai korset atau barut tetapi kini
ia menemui `mangsa' baru dengan menjadikan kaki sebagai
sasaran. Menurut kajian sama, pemakaian
kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan
masalah kesuburan dan kitaran haid serta fungsi bahagian
atas tubuh
badan.
*****************************
HANDBAG juga boleh menjejaskan kesihatan
terutama yang besar dan berat kerana ia boleh menyebabkan tekanan pada
tulang.
Kajian pakar
tulang mendapati barangan yang banyak di dalam handbag akan
memberikan tekanan kepada tulang bahu sekali gus menyakitkan
otot pada satu sisi badan. Lebih serius,
tekanan itu akan mendatangkan kesan kepada punggung dan bahu.
Untuk mengatasinya, anda boleh cuba menggunakan beg sandang
belakang yang mampu memuatkan pelbagai barangan secara seimbang pada
kedua-dua belah bahu.
Jika anda
masih enggan menukar kepada beg gaya sandang itu, cuba gilirkan
letak tali beg sandang bagi mengurangkan kesakitan otot pada hanya sebelah
bahu. Satu lagi
kaedah yang dapat membantu adalah usahakan untuk berdiri tegak ketika
menyandang tas tangan dan sesekali rehatkan bahu anda dengan cara
meletakkan beg di bawah jika ada kesempatan.
Sumber ini adalah daripada email yg saya perolehi di tempat kerja.
Sekian, terima kasih.
(^_^)v
No comments:
Post a Comment