Followers

Thursday, August 2, 2012

::Kasut Tumit Tinggi Jejas Kesihatan::

Safety Tips

As we know, perempuan ni suka pakai kasut tumit tinggi kan..? kan..? kan..? especially para setiausaha.. kasut tinggi melangit ohhh...

Tapi u olls sedar tak ada side effects if kita selalu sangat pakai heels yg tinggi melangit ni.... kalo x tahu meh sini nak inform sikit untuk anda semua... sharing is caring kan... Sila baca di bawah ini dengan teliti yup... 

Kasut tumit tinggi memberikan tekanan pada lutut dan kajian dilakukan Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat menyatakan bahawa seorang wanita yang mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter (sm) akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus. Keadaan ini akan mengundang penyakit osteoporosis dan penyakit sendi. Malah, ia juga boleh mengakibatkan rasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, menyebabkan kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga
tangan.

Bagi mengelak mengalami penyakit itu, persatuan berkenaan menyarankan wanita supaya memakai heels dengan tumit tidak melebihi dua sm dan tempoh pemakaiannya tidak melebihi tiga jam
secara berterusan.

Menurut satu kajian yang dijalankan di London, tindakan memakai kasut tumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang
anak. Gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7 sentimeter memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.
Sumber dipetik dari Harian Metro pada 25/03/2009

Lebih mengejutkan apabila sesetengah reka bentuk terbaru kasut tumit tinggi boleh membuatkan rambut gugur. Ini berlaku kerana kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanita menyangka ia adalah `perut buncit'.

Keadaan itu memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai visceroptosis dan ia turut memberi kesan pada leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut.

Visceroptosis ialah keadaan yang biasanya menyerang wanita memakai korset atau barut tetapi kini ia menemui `mangsa' baru dengan menjadikan kaki sebagai sasaran. Menurut kajian sama, pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan masalah kesuburan dan kitaran haid serta fungsi bahagian
atas tubuh badan.

*****************************

HANDBAG juga boleh menjejaskan kesihatan terutama yang besar dan berat kerana ia boleh menyebabkan tekanan pada tulang.

Kajian pakar tulang mendapati barangan yang banyak di dalam handbag akan memberikan tekanan kepada tulang bahu sekali gus menyakitkan otot pada satu sisi badan. Lebih serius, tekanan itu akan mendatangkan kesan kepada punggung dan bahu. Untuk mengatasinya, anda boleh cuba menggunakan beg sandang belakang yang mampu memuatkan pelbagai barangan secara seimbang pada kedua-dua belah bahu.

Jika anda masih enggan menukar kepada beg gaya sandang itu, cuba gilirkan letak tali beg sandang bagi mengurangkan kesakitan otot pada hanya sebelah bahu. Satu lagi kaedah yang dapat membantu adalah usahakan untuk berdiri tegak ketika menyandang tas tangan dan sesekali rehatkan bahu anda dengan cara meletakkan beg di bawah jika ada kesempatan.

Sumber ini adalah daripada email yg saya perolehi di tempat kerja.

Sekian, terima kasih.

(^_^)v