Followers

Thursday, December 23, 2010

::What is SELAPUT DARA..?? jOm kita nengOk..::



salam semua... tengah2 syok melayari internet, tetiba I terjumpa satu artikel neh.. so I nak share ngan u olls. ini bukan LUCAH ok.. ini adalah info... sharing is caring.. tak salah kan kita berkongsi.. hehe..

Pengenalan:

Sebagai seorang wanita kita sering mendengar tentang istilah selaput dara. Sayangnya, pengetahuan kita terhadap perkara tersebut amat terbatas. Malah ada kalahnya ia lebih banyak dipengaruhi oleh mitos berbanding fakta sebenar. Agar tidak terkeliru dengan mitos yang diuar-uarkan, fahamilah informasi di bawah ini.


APA ITU SELAPUT DARA??

Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.


ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?


TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.


APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?

Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.


Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s*ks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan s*ks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.

APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?

Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan se*sual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan se*sual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.


Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.


APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?

Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan se*sual buat kali pertama.

Malah dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan hubungan se*sual buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.

Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan hubungan s*ks untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian.

Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.

Read more: http://www.rahsiaperkahwinan.com/2008/10/apa-itu-selaput-dara-woman-sexy.html#ixzz18vSXpKDv

Under Creative Commons License: Attribution

Wednesday, December 22, 2010

::Sapa kata PA @ Setiausaha tak banyak kerja..???::

salam sume... arini mOod OK aje... suam-suam kuku gitu.. huhu.. nak cakap la skit sal keja kan.. ntah nape la aku slalu sangat dengar org dok cakap keja sebagai Setiausaha ni tak buzzy..!! tak banyak keje.. jawapan aku, KEPALA HOTAK ko tak banyak keje...!! meh dok sini baru ko tau keje banyak ke tak.. nak tau nape..? sbb aku memegang jawatan tersebut.. selaku org kanan bos, tipu ah lau tak dek keje... tp tipu gak ah lau time keje tak leh nak online n wat sesuka hati kita.. hehehehe.. sebenarnya keje sebagai PA ni simple n senang je lau tau caranya... tp bagi aku yg masih baru nak berjinak2 neh, agak kelam kabut gak lah.. antara tugas2 sebagai PA adalah seperti berikut:

Buat surat menyurat mmg WAJIB..!! huhu.. lau dapat bos yg OK a.k.a SPORTING, merdekalah kau.... mainn taip je ayat ikut rasa sedap kite kan.. juz edit format yg dah ada n tambah perencah n perisa yg ada dalam kepala otak ni utk sedapkan lagi ayat tu.. tp lau dapat bos yg terlebih pandai mcm bos aku neh, jenis kena ayat berbunga2 a.k.a cerewet tahap kritikal mengalahkan menara KLCC, abeslah ko.. setiap baris ayat dia akan komplen. sampai titik noktah koma pun dia akan belek tau.. haaaaa.. spacing pun kena be carefull... aku paling menyampah buat surat sbb bos aku ni "sporting" giler kot.. draf surat berpuluh kali baru nak sign.. huhu.. jgn kata draf, letter head pun lima kali buat baru nak sign. apa kes kan..?! sbb bila dah masuk ke letter head ni comfirm la yg draf tu dah OK or dah APPROVE kan.. tp tak jugak.. dah kuar letter head pun still ada pembetulan lg mcm budak sekolah lak.. huhu.. u olls tentu leh bayangkan betapa cerewetnya dia.. huhu.. *oops.. terkutuk bos sendiri plak.. huhu..*

Then, keja PA ni tak macam org len.. cam u olls, mesti ada sesetengah tu pepagi leh masuk lewat.. kan.. kan.. kan.. ada yg suruh kawan touch kad la punch kad la.. tp PA leh ke masuk lewat..?? setahu aku lah kan, better PA sampai dulu sblum bos sampai kan.. macam aku neh, masuk keje jam 8.10 pagi tp jam 7.50 paling lewat lah, aku dah ada kt opis... ye la, dah PA kena lah kemas2 bilik bos, kemas bilik sendiri yg bersepah mcm tongkang pecah.. bilik bos lak pe kurang nyer, bersepah jgn ckp lah.. tp kadang2 aku ni malas sikit, tak kemas pun.. kasi cleaner yg kemas kan.. hehehe... pape pun, pepagi mmg dah kena ada kt opis sebelum bos masuk. ni yg paling molek la bagi seorang PA..

Pahtu, rekod surat masuk adalah perkara paling WAJIB sbb nnt lau ada pape masalah untuk nak wat rujukan, sume dah ada.. senang je, taip n save.. haa.. surat masuk pun taklah banyak sangat.. biasa2 je.. slalunya aku akan wak masuk surat kt bilik bos time dia tak de.. time dia ada aku buat tak tau ja. hahaha.. sbbnye, lau aku wak masuk time dia ada nnt aku takleh nak kuar.. dia akan suh aku tunggu depan dia (berdiri cam pokok) sampai la dia abes baca surat tu n take action.. baru leh kuar dari bilik tu. lau sejam dia belek, sejam la aku kena berdiri kt situ.. then lau ada pape soklan yg dia tanya, tp kita tak tau, siap la kena mamakiki hahamunmun.. ha.. then baru aku leh fotostat surat tu n agihkan kepada yg berkenaan.. fuhh.. yg ni paling leceh coz nak kena buka stapler utk fotostat then klipkan balik.. malas giler.. huhu..

Time keja lak macam doktor tau..!! keja tak kira masa... time rehat kena keja gakz tau.. cam bos aku neh, dia slalu kuar rehat jam 11 pg then jam 12 tgh hari dia masuk balik.. tp kita rehat kol 1ptg kan..?? time tu aku nak rehat cena lau bos dok ada lam bilik... hurm.. asal nak kuar je, loceng bunyi, dia pangge masuk bilik dia.. *bukan wat benda tak elok okey!!.. haha..* ada je keje dia nak bagi.. so nak kuar rehat pun agak kecut perut lah.. hehe.. lau otak dia dok fikir sal keja, kita pun kena jadi cam dia gak.. sbbnya, bila dah abeh keje a.k.a malam time, bos akan tetap call lau ada hal g dia nak ckp or nak tanya berkaitan hal pejabat.. sal appoinment dia ke, meeting dia ke.. nak tak nak, kena jawab gak kol tu then layan je soklan dia.. walopun tu ari cuti.. lau tak ingat, habeslah.. pandai2 la jawab.. then, aku abeh keje jam 5.10 petang.. tp aku selalu balik lewat sbb bos aku ni kadang2 dia balik lambat.. tau tak nape?? sbb pas rehat kadang2 dia tak masuk opis walaupun time rehat dia ni agak confuse sikit.. hehe.. dia kuar rehat awal, dalam jam 4 lebih baru dia masuk balik.. tu dah time nak balik dah.. aiya... camna nak balik awal kan.. dh la masuk keja awal, balik lak lewat amat.. hukhukhuk.. tp tak pe, sbb time balik selalunya aku ONLINE.. hehe.. dok bilik sendiri, buat je apa yg ko suka.. asalkan pandai jaga "line" cukup.. hehehe... *x payah nak ngata kt aku, uoll y baca ni pun buat benda y sama kannnnn*

Then, nak gitau, keja PA bukan setakat sebagai wat keja pejabat je.. keje luar pun kena wat gak tau.. haa.. ni aku nak story sal pengalaman aku time banjir besar kt Negeri Perlis ritu.. fullamak.. mmg dasyat giler.. keje pun dasyat ma.. korang percaya tak aku keje 1 day 24 hours, 1 week 7 days..??!! itulah hakikatnya.. ceni... 1st day bencana banjir tu, ujan memang tak henti2 lah dalam masa tiga hari berturut2.. time tu mmg dah kelam kelibut sbb banjir dah mula naik kat each area so kitorang kena standby n tubuhkan Bilik Gerakan hari tu jugak.. nak dijadikan cerita, bila air dah naik tinggi, aku takleh nak balik umah coz terkandas.. keta dah tak leh kuar dah..!! jalan sume kena tutup. so malam tu terpaksa la bermalam kt opis.. tp nasib aku baik coz bos aku bawak aku tido kt umah dia n kasi aku baju.. then 2nd day lak, pagi2 lg aku kena ikut bos meeting ngan VC kt hotel Putra Palace n Bilik Gerakan ditubuhkan kt situ.. start dari pagi tu sampai la ari ketujuh bencana banjir a.k.a banjir dah surut baru aku ley berehat.. bayangkan time tu keje tak kira time.. start dari pagi sampai pagi kotttt..!!! tapi tak pe lah, kita berkhidmat untuk Negara... dapat pahala n dapat $$.. haha..

Lagi apa erk.. ha.... nak gitau, jgn ingat PA ni keje nyer asyik bodek bos je tau... sorry lorh, aku bukan jenis bodek.. wahaha.. tp pepagi n pepetang aku mmg kena standby utk keluar cari makan bagi bos isi perut.. coz time ni time dia lapar.. lau aku tak sediakan, dia sendiri yg akan tanya.. so u olls kena tau, tugas ni ada ke P/O buat..?? ada ke..?? ada..?? lau ada, ok lah tu.. hehe... tp ini mmg keje seorang Setiausaha.. nak tak nak, mmg kena buat.. salah satu daripada tugasan jugak tu.. time study pun dalam modul mmg ada bab neh.. pagi2 kena letak surat khabar kt meja dia.. then bab makan better sediakan bila bos dah masuk opis.. seb bek lah bab makan ni bos aku tak cerewet.. bagi je apa pun.. sume dia makan.. abeh licin.. seronok bila tgk makanan yg kita belikan abeh dimakannyer.. hehe...

bab emosional lak.. ni yg paling aku tak tahan.. sampai nanges2 kot.. lau u olls nak tau, my bos ni bekas polis..!!! so cara dia pun agak keras n tegas n keeeeee n gaaaaa lah.. hehe... faham2 je lah erk.. maki hamun ni asenye dah sebati dah lam diri n jiwa sanubari aku neh.. cewwahh.. haha.. tp ngangis kot.. hehehe... mula2 tu memang tak tahan kot.. panas je telinga bila kena maki, nak tengok muka dia pun meluat, benci n macam2 lagi.. tp lama2 alhamdulillah.. ok la sikit.. hehe.. lau mood bos tu OK dari pagi, maka akan OK lah sampai ke petang.. lau dari pagi muka dah monyok mencuka, standby lah.. sampai ke petang lah akan telan segala maki hamun n sumpah seranah.. huhu... tp keje PA ni memang kena banyak sabar..

Terimalah hakikat keje sebagai PA ni lebih kurang seperti menjadi isteri kedua bos.. haha.. ooopsss.. tak lah camtu.. maksud aku, kira org penting gak la.. slip gaji dia kita kena simpan.. segala surat2 dia yg masuk tak kira la personal ke hape ke, sume kita yg buka, kita yg simpan.. hehe.. segala rahsia peribadi ke hape ke kita leh tau, kita kena simpan. Jadi PA ni gak, kena jujur tau.. kena simpan rahsia.. sbb PA akan tau semua benda2 yg SULIT tak kira la pasal bos ke pasal staf lain ke, mmg kena simpan lek lok.. pendek cerita, zip mulut je lah.. huhu... tapi kadang2 zip mulut aku ni bleh tahan gak.. wakaka..*berterus terang ni.* then, disebabkan PA ni adalah org kanan bos, lau staf lain marahkan bos, PA pun akan kena tempiasnya jugak tau.. contohnya bila jawab call.. ye lah, PA salah satu keje pentingnya adalah jawab panggilan tepon.. wat appoinment bos la hape lah. disebabkan ada telefon sendiri n boleh tepon kuar jugak ia amat memberi faedah kepada aku... hehehehehe.. *noty tul erk aku neh..*

Lagi satu nak gitau, keje PA ni sebenarnya memang buzzy..!! bos buzzy, PA pun tumpang buzzy gak tau.. huhu.. terutama bila bos nak outstation.. sbbnya... PA lah yg nak kena uruskan pengangkutan, penginapan n segalanya yg berkaitan untuk beliau berangkat... so, memang tak senang duduklah dibuatnya coz prosedur gomen ni agak leceh sikit.. macam2 kena buat tambah2 bila bos nak ke luar negara.. panas bontot kot.. huhu.. tp lau naseb tak baik, kemungkinan bos tu akan bawak PA ikut dia skali.. huhu.. tu kira nasib tak baik la coz lau ikut dia bukannya leh g jalan pun.. kena bubulili je... nak wat hape...!! len la lau g lawatan ke hape ke.. best la jugak kan.. pahtu sal bos nak g meeting n nak buat meeting.. time ni gak lah time yg wat serabut.. haish.. nak kena sediakan agenda, call sana sini panggel org, order makanlah.. pastu time meeting nak kena dok sebelah dia.. tak leh dok jauh2.. dah tu.. pas meeting nak kena wat minit lak... gitulah keja seorang PA... so jgn ckp PA tak dak keja okey..!!

hurm... rasa cam dah panjang sangat menulis.. ni pun aku taip stop taip stop.. hahaha.. t aku share lg erk.. daaa.. salam..

::LAPTOP ON BED... Pls Read..!!!::


Salam readers.. arini I nak share sal satu artikel ni yg I dapat dari email I awal pagi tadi.. pLz take note tau..!!!

Please take time to read!! Very important! ‎ Caution !

You may have heard that a good friend of ours in Mequon lost their 25 year old son (Arun Gopal Ratnam) in a fire at home June 4th.

This is what happened.
He graduated with MBA from University of Wisconsin-Madison two weeks earlier and came home. Had a lunch with his dad at home and decided to go back to to clean up his room at school. Father told him to wait and see his mother before he goes back for a few days.

He decided to take a snooze while waiting for his mom to come home from work. Neighbors called 911 when they saw black smoke coming out of the house. Their 25 year old son Arun died in the three year old house. It took several days of investigation to find out the cause of the fire. It was determined that the fire was caused by lap top in the bed.

When the lap top is on the bed cooling fan does not get air to cool the computer and that is what caused the fire. He did not even wake up to get out of the bed he died of carbon monoxide.

The reason I writing this to all of you is that I have seen all of us using our lap top in bed. Let us all decide and make it a practice not to do that. Risk is real. Let us make it a rule not to use lap top in bed or put computer on bed with blankets and pillows around.

Ha... u olls dah baca kan.. faham tak pe die cakap..?? I ni tak terror bab translation although time study dulu amik translation.. hehehe.. die ckp, berhati2 bila guna laptop diatas katil sbb ia akan menyebabkan kebakaran berlaku.. pendek kata, laptop akan meletup la lebih2 lagi lau kita tak guna "cooling fan" sebagai alas si laptop tu.. tu sbbnya "cooling fan" ni penting bagi pengguna laptop.. lau sesapa yg beli laptop tu, pastikan ada juga membeli "cooling fan" okey.. ada banyak jenis "cooling fan" tau.. yg cute, yg cun, yg simple, yg ada bling2, yg murah or yg mahal.. sume ada... so berhati2 ya.. =p

ikutlah contoh org kt bawah ni.. hehe..


Wednesday, December 15, 2010

::AWARD FOLLOWER KE-300::

Salam semua.. harini tergerak hati I nak kasi award kepada seseorang neh.. beliau adalah follower yg ke-300.. award yg kite edit ni tak lah secantik mana.. tp kite wat n beri dengan hati yg ikhlas tau.. hehe.. thankz coz sudi singgah n follow kite erk.. =p




Tuesday, December 14, 2010

::ULSER KORNEA::

Aku salah seorang daripada mangsa jangkitan pada mata iaitu ULSER KORNEA.. amat bahaya... punca benda ni jadi, semua org tau kan.. betul lah tu.... kena jaga betul2.. aku ni men hentam je.. tak mek port langsung.. haa.. kan dah kena... pasni serik ke tak..?? masalahnya.. aku tak serik lagi.. skangni aku menghitung hari sbb aku nak pakai balik lens neh.. opsss.... tak pe kan.. ntah la.. janji kena jaga betul2 lah... sebenarnya ni kali kedua aku kena jangkitan neh.. sebabnya aku ni jenis tak reti nak serik.. tak jaga lek lok lak tu... men pakai ja.. aduih.. loqlaq noh.. nak nyesal pun dah tak guna dah.. u olls nak tau cena rasanya bila kena jangkitan tu..?? nampak cam biasa je kan.. tp seksa kot..!!! time kena tu, mata kita rasa cam ada benda.. memang tak leh nak celik langsung sbb waktu tu mata dah tak leh peka ngan cahaya.. maksudnya, tak leh kena cahaya.. bila buka mata, air mata akan meleleh mcm org ngah nanges.. then mata akan kemerahan.. jangan cakaplah mata merah camne.. memang merah giler... kalah mata org yg ngah sakit mata tau.. then bila kita pejam mata, mata akan rasa sakit, air mata akan meleleh... sakitnya jangan cakap.. berdenyut2...!!!! Hanya Tuhan je yg tau...... bila jadi mcm tu, jgn tunggu lama2.. terus g jumpa doktor.. kalo boleh, g hospital terus..!! sbb bila kita g klinik pun, tetap akan rujuk ke hospital.. jangkitan ni amat berbahaya sbb takut nnt jadi parut.. bila jadi parut, faham2 je lah ek.. tunggu je lah penderma kornea.. ni berdasarkan pengalaman aku lah.. punca2 nya aku malu nak cakap.. hehe... tp salah satu nya aku ni jenis pakai lens melebihi had masa iaitu lebih dari lapan jam sbb buzy ngan keja kan.. balik keje lewat, lens pun buka lewat lah.. huhu... Hospital kesayangan aku untuk merawat penyakit ni adalah HOSPITAL TUANKU FAUZIAH.. walaupun aku org Kedah, tp aku lebih suka perkhidmatan kt Perlis... aku pangkah HOSPITAL YAN..!!!! banyak sbb nape aku benci hospital tu.. macam sial.. aku lebih rela bawak keta2 jauh lau sakit datang ke HTF daripada pegi hospital Yan tu.. teruk kot...!! nak tau nape..?? sbb dulu 1st time mata aku kena jangkitan ni, aku pegi HTF dulu then kt Perlis sebenarnya kena g klinik dulu baru leh g hospital.. bila aku g Klinik Kesihatan Kangar, terus diorang rujuk ke HTF n jumpa pakar terus... aku dapat rawatan segera n alhamdulillah OK.. layanan nurse pun sume OK.. jenis mesra gitu.. termasuk pegawai farmasi, bagi ubat pun leh senyum2.. tp hospital Yan, sial siot... ari pertama mata aku sakit, merah menyala n berair, boleh ke dia bagi Eyemore je..???!!! then TAK CHECK langsung..!!! sedangkan aku dah gitau dia dah yg mata aku cam kena jangkitan.. paling aku bengang, aku tak dirujuk kepada doktor yg bertugas, sebaliknya juz pembantu perubatan ja... ubat apa nak bagi pun dia tak tau coz aku tengok dia sibuk merata tanya pembantu perubatan yg lain ubat apa yg nak diberi kt aku.. ape ni..???!!! ceni ke hospital..???? ha.. bertambah dah dosa aku kutuk bnyak sangat. memang bengang kot..!!! nasib aku mmg ada sejarah jangkitan neh.. kalo org yg baru 1st time kena, tak ke naya org tu..?? tak dapatkan rawatan yg sepatutnya, leh jadi buta kot mata org tu.. jgn memain..!!!!! haish.. takat sini je aku tulis.. sbb ngah marah.. ni aku copy paste artikel pasal ULSER KORNEA...!!!

FAKTA: Simptom



  • Mata merah



  • Sakit (tidak semua)



  • Tompok putih pada kornea, bergantung pada tahap serius ulser ia mungkin tidak kelihatan pada mata kasar



  • Sensitif pada cahaya



  • Mata yang sentiasa berair



  • Mata yang gatal dan rasa terbakar.

  • Rawatan

    Ulser kornea memerlukan rawatan yang agresif, jika tidak ia boleh membuatkan seseorang itu hilang penglihatan. Langkah pertama adalah menyingkirkan jangkitan. Antibiotik diberi selain ubat-ubatan khas yang mensasarkan punca jangkitan. Kebiasaannya ia akan sembuh. Bagaimanapun jika tidak dan kornea kekal berparut, pemindahan kornea diperlukan bagi mengembalikan penglihatan. Rawatan awal sangat diperlukan kerana ia boleh menghalang pembentukan ulser. Jika tidak, jangkitan boleh menyebabkan ulser

    ::KEINDAHAN KETIKA INGIN MENUNAIKAN SOLAT SUBUH..::

    Salam semua... cambesa, arini I nak share artikel ni yg I dapat dari FB.... lg skali nak ckp, tak de niat langsung nak ciplak okey.. sekadar renungan kita bersama.. TQ.. =)

    Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

    Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

    Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

    Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

    Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

    Aku adalah Syaitan

    Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

    Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

    Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'

    MORAL :

    Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tsbt .



    Friday, December 10, 2010

    ::Tagged By Cik Anis::

    Salam semua.. rasanya cam dah lama tak update blOg.. tetiba arini kena tag plak ngan cik anis ye.. hehe.. thankz coz sy terpilih dalam senarai anda.. =D

    Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts or goals about you. In the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you, it's because I want to know you more

    1. Aku anak sulung daripada dua org adik beradik n anak tunggal pompuan.. hehe.. memangla anak tunggal pompuan kan sebab adik aku kan laki-laki.. =p

    2. Aku rasa aku sorang yg adventure n independent sbb dari zaman skolah sampai la skang aku asyik berjauhan dengan family aku n cari duit poket sendiri n jarang nyusahkan mak abah aku.. sbb dari kecik lagi abah aku dah ajar, SELESAIkan sendiri masalah yg dihadapi.. huhu...

    3. Aku suka makan.. makan.. makan.. tak cerewet bab makan neh... tp lau telor itik, jgn la erk.. bley makan tp kureng selera sikit.. hehehe...

    4. Dah bekerja di sebuah IPTA bersesuaian ngan minat n bidang yg aku belajar.. Alhamdulillah..

    5. Warna feveret aku tak tahulah... sbb asal nampak cantek je sume tarik.... hehe.. tp suka warna gelap2...

    6. Niat dihati nak sambung degree.. tp terpaksa pendam hasrat tu atas sbb2 tertentu.. utang banyak kot.. huhu..

    7. Aku anak jati negeri jelapang padi.... Negeri Kedah Darul Aman....

    8. Dilahirkan pada 14 September 1989, berzOdiak VIRGO...

    9. Suka sukan... minat sukan... sbb tu pilihan tempat praktikal aku adalah di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah...

    10. Suka sangat makan angin... tempat yg paling best adalah Pulau Langkawi.... hehe

    11. Selalu berurusan ngan hospital... sakit2 yang selalu dihidapi adalah Ulser Kornea.. degil sangat asyik pakai contact lens je.. Hospital kegemaran adalah Hospital Tuanku Fauziah, Perlis sbb perkhidmatan amat memuaskan.. penah gak masuk Hospital Kuala Lumpur selama seminggu sbb DENGUE FEVER.. tak mau kena dah demam denggi neh.. serik asyik kena cucuk je.. huhu..

    12. Teringin nak bercinta macam org lain.. ada pakwe yg sangat setia n faham perangai org cam aku neh.. tp aku susah nak terima someone lam idup aku.. tapis dulu baru approve.. hehe..

    13. Suka kumpul perfumed n keychain seluruh negeri dan negara.

    14. Sangat sensitif, mudah sentap dan terasa.. haha..

    15. Aku ada 4 impian.. dua dah tercapai.. tinggal lagi dua.. hehe... RAHSIA

    16. Sangat menghargai apa yg aku dah dapat....

    17. Suka tengok umah tinggi2 cam kondominium n teringin nak stay kt umah camtu.. hehe..

    18. Tak suka kawasan yg sesak cam pasar malam dan sebagainya...

    19. Suka dengar lagu lama2.. cam lagu rock slumber gitu... tak pun lagu balada cam lagu SLAM.. hehe..

    20. Suka nengok TV, tak kisah la citer ape pun janji BEST.. ahaha..

    21. Suka membaca.. baca paper, baca novel, baca majalah dan sebagainya.. janji BACA..

    22. Paling malas kemas bilik...!!! oops.. kantoi suda.. hehe..

    23. Aku seorang yg PANAS BARAN.. cepat naik angin..!!

    24. Suka mek gambar... sbb tu bila beli HP, benda yg paling penting akan aku belek adalah KAMERA nyer..

    25. Akhirnya.. selesai sudaaa.. hehe...



    insan yg terpilih untuk di tag adalah.. jeng... jeng.. hehe..