salam semua...
sekali lagi I dapat email from staf kt tempat keje I...
maaf sekali lg.. tiada niat langsung I nak ciplak or sengaja nak curi bahan utk update blOg..
I juz nak kOngsi apa yg I dapat so dat ia akan sama2 jadi pengajaran buat kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W... bacalah ye... =)
Sumbangan : Iskandar Hassan 
Seorang Executive  muda yang berjaya sedang memandu 
disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia  memandu 
agak laju dengan sebuah kereta Waja  yang berprestasi  
tinggi yang baru sahaja dibelinya. 
Sambil ia memandu   perlahan-lahan ia sedang memerhatikan 
seorang anak kecil dicelah-celah  kereta yang diletakkan ditepi 
jalan, ia memperlahankan keretanya untuk  melihat 
sesuatu yang difikirkannya. 
Seelok-elok sahaja kereta Waja  tersebut melintasi 
kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi  
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah 
kanan kereta Waja  tersebut. Apalagi Executive muda tersebut 
menekan brek sekuat hatinya dan  berundur ke tempat dimana 
Anak kecil tadi berdiri. 
Dengan marahnya  dia keluar dari kereta terus 
meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak  kecil 
dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan 
dan terus  memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ? 
"Apa ni ?  Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak 
berada disini ? Itu kereta baru, mahal  dan susah nak 
baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? 
jerit  Executive tersebut.. 
Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf  ; 
"Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut 
saya buat, ia  merayu. Saya melontar batu kerana tak 
ada orang yang berhenti disini apabila  saya panggil". 
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut  
yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh 
dari kerusi roda  dari tebing di sebelah dan tak ada 
orang yang dapat mengangkatnya kembali.  Boleh tak 
Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat 
untuk  saya. 
Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan 
anak  kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan 
meletakkannya kembali ke  kerusi roda. Terima kasih, pakcik. 
Saya doakan pakcik selamat dunia dan  akhirat. 
Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive 
muda  hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut 
menyorong abangnya yang cacat  dan cedera pulang menuju 
ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya  akan 
kesejahteraan hidupnya. 
Executive muda tersebut berjalan  perlahan ke arah 
kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja  
tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak 
perlu berkejar-kejar  dalam kehidupan ini sehinggakan 
seseorang melontar batu hanya kerana  hendakkan 
perhatian . 
Pengajaran 
Allah tidak menjanjikan  hidup ini tidak pernah susah, 
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan  tetapi 
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa 
kesedihan dan  menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. 
Janganlah kita sombong dengan  kelebihan yang sementara. 
'Au zubillah himinashsyaitan  nirrajim...bismilla hirrahmannirrahi m' 
Tafsirannya: 
Aku berlindung  dengan Allah daripada syaitan yang direjam, 
Allah yang Maha Pemurah lagi  Maha Mengasihani. 
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja  kerja kerana 
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada  didalam 
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar  umpama 
cacing kepanasan.  Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di  atas, 
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.  
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan 
ahad.)  sebanyak 3 kali. 
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca  bismillah. 
Berilah salam kepada anggota rumah dan  sekiranya tiada  orang di rumah 
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah  bersolat 
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat  akan 
membantu kita menjawab persoalan kubur. 
Apabila malaikat  memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar 
menjawab salam  tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan 
daripada salam yang  diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab 
salam malaikat itu.  
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w: 
'Barang  siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya 
ia telah  menebus dirinya dari  Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak 
Allah  di langit dan di bumi.  
Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi  pemendekaan Allah 
sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah,  Sesungguhnya ia adalah 
pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan  membaca Qulhua'llah ahad 
satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan  seberapa ribu kesanggupan kita 
sehari. 
Sabda Rasulullah S.A.W yang  bermaksud: 
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga  dia meninggal dunia, 
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan  selamat dia dari kesempitan 
kuburnya dan para malaikat akan membawanya  dengan sayap mereka melintasi titian 
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.  (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul 
Qurthuby). 
Rasulullah SAW  pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara 
Kamu yang  dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang 
dari  sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan 
bahawa  ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.. 
Kemudiannya  Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina  Ali 
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa  yang dikatakannya 
itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga  kali. Rasulullah SAW menjawab 
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.  
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus  kitab Al-Quran. 
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali  qatamlah Quran kerana ianya sama 
dengan membaca 30 jus Al-Quran.  
Berkata Ibnu Abbas r..a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:  
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat  Arasy di atas 360,000 
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi  ialah 300,000 tahun perjalanan. 
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang  sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu 
padang  sahara itu  seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap     padang sahara itu  terdapat 
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.  
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai  Tuhan kami, 
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada  orang yang membaca surah 
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.  
Sabda Rasulullah SAW lagi: 
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,  sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di 
sayap malaikat Jibrail  a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, 
Lamyalid  walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan  
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. 
Siapa membaca surah  Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali  
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala  hinggalah ke 
jumaat yang berikiutnya. 
Jika dibaca 3 surah ini  al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak 
mengalami  apa-apa kesusahan. 
Nota: 
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul  saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini 
kepada kawan2 yang lain. Sepertimana  sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku 
walaupun satu ayat'.  Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 
3 perkara yang  akan dibawanya bersama : 
1) Sedekah/amal jariahnya 
2) Doa anak-anaknya  yang soleh 
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.